Blogger Backgrounds

..SeLaMaT dAtAnG kE tItIsAn EmBuN...

setiap titisan embun yang menyentuh muka bumi,,,
mampu mendatangkan ketenangan kepada jiwa yang bercelaru,,,

...AIESH...

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, October 24, 2011

WHY2 LOVE



Next korean movie,,,
why2 love,,
ngah try nk layan nih,,
tp xtahu la bole tanding FULL HOUSE ke x?????
hehehehehehe,,,


aku sangat2 lambat kan,,,
musim korea da nak abis da pon,,
aku baru nak stat marathon,,


pape pon nak try lu tgk,,
besh ke x chiter nih,,, <3<3

.. all about heart...



sering kita dengar macam2 penulisan dan perkataan berkait dengan HATI...
ada HATI yang bahagia,,,
ada HATI yang terluka,,,
ada HATI yang merindu,,,
ada HATI yang kecewa,,,
ada HATI yang pasrah,,,
ada HATI yang menangis,,,
ada HATI yang bercampaur baur,,,


HATI juga sering dikait rapat dengan CINTA
tanpa segumpal darah bernama hati,,
takkan wujud CINTA kan...
CINTA pun ada semua yang hati ada
dalam CINTA ada bahagia,,,
dalam CINTA ada luka,,,
dalam CINTA ada rindu,,,
dalam CINTA ada kecewa,,,
dalam CINTA ada kepasrahan..
dalam CINTA ada tangisan dan air mata,,,
dalam CINTA ada pelbagai rasa...


namun,,
kita,, insan yang di anugerahkan HATI dan CINTA oleh Ilahi,,
mempunya pilihan terhadap HATI dan CINTA,,,
pilihan untuk +kan bahagia dalam HATI dan CINTA,,,
pilihan untuk -kan luka dalam HATI dan CINTA
pilihan untuk +kan rindu dalam HATI dan CINTA
pilihan untuk -kan kecewa dalam HATI dan CINTA
pilihan untuk +kan kepasrahan dalam HATI dan CINTA
pilihan untuk -kan air mata dalam HATI dan CINTA
pilihan untuk -kan kesangsian dalam HATI dan CINTA

Wednesday, October 19, 2011

cinta elysa



CINTA ELYSA
slot lestary tv3...
emmm citer ni besh jugak,,,
kira antara citer feberet haku la,,huhuhu
cinta elysa dilakonkan oleh Fasha Sandha ngan Johan Arif ( Botak juvana)..
By the way,,, botak nmpak ensem lam citer nih... hahahahaha



sinopsis citer ni lebih kurang gini la,,,,



cinta elysa mengisahkan dilema seorang pemuda,Aril ( lakonan Botak Juvana ) yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu saudara yang membencinya dan sepupu-sepupu yang turut membencinya.



kerana anak-anak lelakinya masih kecil,sebelum bapa saudaranya Jasman ( lakonan Jalaludin Hassan ) meninggal dunia, Jasman mahu Aril menjaga anak gadisnya ( Elysa ) dan dua anak lelakinya sehingga mereka tamat pengajian.







dalam dilema dirinya yang juga dianggap pemuda bermasalah, dia cuba mengikut amanat itu. ibu Elysa yang juga ibu saudaranya menjadi penghalang. bagaimana pun, cinya nya yang kuat terhadap Elysa mengikatnya untuk terus berada di rumah itu. ketika dia di halau pergi dari rumah oleh ibu saudaranya, Aril nekad untuk membawa Elysa bersamanya...




Tuesday, October 18, 2011

FULL HOUSE,, the best korean drama ever...




happy birthday mr hubby...

Happy-Birthday-Comments
MySpace Comments and Happy Birthday Comments


selamat hari lahir wat incik hubby tercinta,,,
da melangkaui usia 27 tahun..
walaupun usia perkenalan kita tidak la selama usia kamu,,
namun cukup untuk saya menghargai kamu,,,
hadirnya kamu dalam hidup saya merupakan anugerah terindah,,




walaupun our love story is just a common story,,,
not an extravanganza story,,
but the most important,,, the love that we shared 2gather...




anyway,,, happy birthday honey...
semoga jodoh dan keluarga kita kekal hingga ke akhir hayat...




sincerely,,,
your wife...

Tuesday, October 4, 2011


dedicated speacially to Mr Hubby,,Incik Mohd Norzamri Awi...


A gentle word like a spark of light,
Illuminates my soul
And as each sound goes deeper,
It's YOU that makes me whole


There is no corner, no dark place,
YOUR LOVE cannot fill
And if the world starts causing waves,
It's your devotion that makes them still


And yes you always speak to me,
In sweet honesty and truth
Your caring heart keeps out the rain,
YOUR LOVE, the ultimate roof


So thank you my Love for being there,
For supporting me, my life
I'll do the same for you, you know,
My Beloved Husband...

Wednesday, September 28, 2011

camat ari selasa


Blogger Templates Tuesday-MySpace-Comments
MySpace Comments and Tuesday Comments

ZOMBIE VS TAMP1A

salinan pesanan ringkas yang dikirim oleh student kepada lecturer PAD nye...





salam sir... im lost... PAD give me a heart attack....
sir... last step selepas buat pastyear, then still cannot remember the keyword for each topic maaa....
so willing to tell us what the best effective way to study PAD ??
kesian lah kami yang baru part one nihhhh...hihihihi
nanti semua TAMP1A yang datang exam dengan muka zombie sambil crawling ke dewan exam...
zombie2 nih akan jerit HIDUP PAD!HIDUP PAD!HIDUP SIR ASRI!!! -_-`...
Then after 3 hour jawab exam...............
if boleh jawab the boys akan shake hand dengan sir...
and we will say,,we will be people... HIDUP SIR ASRI!!!
BUT..if tak boleh jawab.. we will crawling again untuk keluar dari dewan dan cakap MAKAN OTAK!!MAKAN OTAAAK!MAKAN OTAAAKKKKKKK!!!
This is how zombie should be.
and this is how TAMP1A will be because of PAD...
so sir we hope you will guide me the way.. ( evil sigh with passion fire on eyes )
ok sir,, sorry ganggu...
This is stiry about Zombie and PAD TAMP1A..!!!
Thank You Sir..
Salam...


demikian la pesanan daripada penolong kelas TAMP1A UITM Dungun Mei 2011 kepada En Asri Salleh ; lecturer PAD 120.... akibat daripada ketensenan melampau dan demam exam....

Tuesday, September 27, 2011

mood

Assalamualaikum...
arini banyak lagi benda baru yang saya belajar pasal dunia blog nih... alhamdulillah... MINAT + RAJIN = ILMU..... kalau gune formula ni tak kira la ape pon bidang yang kita ceburi,,,pekerjaan yang kita lakukan,, pasti hasilnya memuaskan... ;)
so,, mood hari ni blogging...
tapi n3 yang ni baru tulis ari ni,,, the rest,,explore sal blog.... =)..
mencantikkan blog... anyway thanks a lot kat sahabat saya,, si faqir ilmu,,(sanisahsabu.blogpspot ) sebab saya banyak belajar sal blog ni ngan rujuk kat blog beliau...
blog beliau chanteekkk sangat... cute..... sekiut empunya badan...

Monday, September 26, 2011

MINE AND ONLY...

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Customize your own scrapbooking design

Islamic Hijri Calendar Widget - Cute Little Muslim - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Hijri Calendar Widget - Cute Little Muslim - Alhabib Islamic Web Service and Accessories
Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This scrapbook design generated with Smilebox

MAK...ENGKAULAH RATU HATIKU....


Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Makk,,
maafkan anak mu ini kerana sentiasa mengabaikan mak,,,,
sesungguhnya kami amat menyayangi dirimu,,,
kau umpama lilin yang sanggup mengorbakan dirimu untuk kebahagiaan anak-anakmu,,,
walau dirimu terluka,,, 
i love u so much MAK.....

Sunday, September 25, 2011

kembali sebagai pelajar....


EXAM!!!!!
bukan senang nak pikul 3 tanggungjawab sekaligus kan,,,
ibu dan isteri kat rumah,,,pekerja kat pejabat,,,pelajat kat u,,,,
tambah2 plak ni da musim exam,,,
alhamdulillah,,,sye da tempuh 2 paper,,,,tinggal lagi 2 paper,,,
da lama sgt tinggal dunia sekolah ni,,,,jd kebekuan tu berlaku la,,,, =)
cara study mase sekolah n kat uni ni laen sgt,,,
tambah2 jarak jauh,,,nak bahagi masa tu cabaran yang paling getir,,,
kawan2 harap dapat doakan sye dapat buat yang terbaik untuk final nih yeee...


Thursday, September 22, 2011

kenapa TITISAN EMBUN?

Kenapa anis memilih TITISAN EMBUN sebagai nama blog ni?
sebenarnya,,dari sekolah lagi anis minat bidang penulisan nih,,,
dan pertama kali idea yang terlintas difikiran anis,,, SEDINGIN TITISAN EMBUN...'
anis pun tak tahu kenapa frasa ni melekat kat hati dan kepala anis sampai sekarang....
titisan embun ni xmacam air hujan,,
anis sifatkan air hujan ni garang,,,tak tetap,,,kadang lebat,,,kadang renyai-renyai,,,,dan kadang hujan air batu,,,kasar dan menyakitkan...
tapi TITISAN EMBUN tak macam tu......embun datang setiap hari,,,pada awal pagi,,,tujuh hari seminggu,,,tak pernah miss,,,,, embun lembut,,,tak kasar dan menyakitkan,,,,
embun dingin,,,tenang,,,,
semoga diri anis dan semua setenang titisan embun,,,,,

first day in world of blog...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
alhamdulillah ari ni sahabat anis perkenalkan dunia blog ni ka anis,,, jd insyAllah anis akn belajar dari tentang dunia blog ni dengan sebaiknya,,
dan anis akan cuba la upload kan entri2 baru kat blog ni,,
terima kasih....